Langkah Prihatin 2027
Langkah Kita, Harapan Mereka.
Satu langkah untuk kesihatan. Satu penyertaan untuk kebajikan. Jom sertai program larian dan jalan kaki amal secara maya anjuran Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat.
Galeri Acara
Mengenai Program
Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Anda boleh berlari atau berjalan di mana-mana lokasi yang sesuai, mengikut masa sendiri.
Cabar diri untuk mengumpulkan jarak 30 km sepanjang Januari 2027 sambil menyumbang kepada usaha membantu masyarakat yang memerlukan.
Sasaran Kutipan: RM30,000
Hasil bersih daripada penyertaan, selepas kos penganjuran, akan disalurkan sepenuhnya kepada program kebajikan.
Cara Menyertai
Daftar dan buat bayaran melalui sistem ini.
Mula merekod larian atau jalan kaki anda dari 1 hingga 31 Januari 2027.
Kumpulkan jarak sehingga lengkap 30 km. Jarak boleh dibahagikan kepada beberapa sesi.
Hantar tangkapan skrin (screenshot) bukti larian di Papan Pemuka Peserta.
Terima sijil, baju dan/atau medal mengikut pakej yang dipilih.
Pilih Pakej Penyertaan
| Pakej | Kandungan | Harga Early Bird | Harga Biasa |
|---|---|---|---|
| Jejak Prihatin | e-Sijil sahaja | RM 15.00 | RM 20.00 |
| Langkah Kasih | e-Sijil + Medal | RM 35.00 | RM 40.00 |
| Jejak Bakti | e-Sijil + Baju | RM 35.00 | RM 40.00 |
| Sahabat Prihatin | e-Sijil + Baju + Medal | RM 60.00 | RM 70.00 |
Nota: Tambahan RM10 untuk baju Muslimah.